Kadar pertukaran (swap) atau “rollover fee’ adalah yuran faedah yang dikenakan apabila anda memegang posisi terbuka semalaman. Setiap pasangan mata wang mempunyai kadar pertukaran sendiri yang dikira berdasarkan satu lot standard (100,000 unit asas) dan ditentukan oleh kadar antara bank.
Bagi kadar pertukaran terkini, sila semak kadar yang disenaraikan di platform dagangan MT4 anda.
Sila ambil perhatian bahawa berdagang spot forex, kadar pertukaran ditetapkan dua hari lebih awal. Sebagai contoh, jika dagangan dibuka pada hari Khamis, pertukaran bermula pada hari Isnin. Bagi dagangan pada hari Jumaat, pertukaran bermula pada hari Selasa.
Harap maklum bahawa kadar pertukaran tiga kali ganda pada hari Rabu sehingga hujung minggu.
Di atas adalah struktur standard terhadap kadar swap bagi dalam seluruh industry, walaubagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa pada minggu-minggu di mana terdapat hari cuti, struktur kadar pertukaran boleh diubah atas pengiraan hari cuti.
Kadar pertukaran bagi matawang yang berpasangan dengan USD sebagai matawang quote (matawang counter): saiz kontrak ×lot ×swap (mata) × turun naik minimum (mata) ×hari
Kadar pertukaran bagi matawang yang tidak berpasangan dengan USD sebagai matawang quote (matawang counter): saiz kontrak ×lot ×swap (mata) × turun naik minimum (mata) ×hari ×nilai pip pada penutupan pasaran.
Contoh:
Untuk 5 titik perpuluhan, membeli EUR/USD pada -2.2pts (mata swap), menjual pada 0pts sekiranya pelabur membuka 1 lot pada hari Isnin dan posisi ditutup pada hari Khamis, maka pembayaran hari bagi swap dagangan adalah 1+1+3=5
Kadar pertukaran dikira seperti berikut:
100,000 (saiz kontrak) ×1 lot×-2.2pts (mata swap)×0.00001(mata turun naik minimum)×5 hari=USD-11
Dalam kes 4 titik perpuluhan, mata swap ialah -0.22 dan titik turun naik minimum adalah 0.0001, maka swap adalah sama.